Di minggu2 terakhir intersesi, Lacey sangat sibuk memesej semua rakan2-katanya ingin mengadakan majlis makan beramai2 sempena intersesi ini. Semuanya, tertanya-tanya juga di hati, kenapa si Lacey ni beria-ia sangat?
Sehingga malam yang kami nantikan, majlis bertempat di KUTAQ, SEGAMAT. Jam 8 malam, kami berkumpul dengan penuh hilai tawa dan rasa gembira seperti biasanya. Setelah, 9 meja makan bersambung, air minuman pelbagai warna dan rasa diminum serta menunggu makanan istimewa untuk perut yang sedang berkeroncong terhidang. Kami, terlebih dahulu mendapat perkhabaran yang disampaikan langsung dari empunya diri;
"Korang, mungkin ada yang dah tau pasal benda ni, dan ada jugak yang tak tau, malam ni. aku nak bagitau yang aku dapat SPA kat bahagian x-tray-diploma 3 tahun kat damansara. so, aku akan kuar dari uitm. korang gud luck untuk next sem k?"
dengan penuh rasa sebak, Kucut (Shafiq Nur Muhammad bin Jamal) seorang rakan yang selama ini bersama kita. Ternyata mengeluarkan "statement" yang mengejutkan pada malam itu. Intersesi yang kami lalui bersama ini merupakan saat2 terakhir kebersamaan kita semua. Kucut, tak sempat untuk menduduki final statistik. Namun, kata beliau "aku gembira bersama korang semua sepanjang kita bersama".
bermain jangan lupa lirik di dataran segamat, berkejaran membaling selipar (lacey&kucut)dan bermain polis sentri. Keesokan harinya, selepas kami sarapan pagi bersama. Baharulah, malam 1 farewell kucut berakhir.
Post a Comment