Petang 20 Jun 2009, kucut memberikan salam perpisahan buat kami
sekali lagi ketika semua sedang study di laman NR (berhadapan dengan P.I). Katanya, "Mak aku suruh balik, ada urusan yang belum setel". Kami, merelakan segalanya. Namun, dalam masa yang sama kami sudah merancang untuk ke Melaka (rumah kucut kat melaka 2..)
Semacam sudah berjanji, kami telah merancang semuanya sebelum mendapat tahu segalanya. Ke melaka dan Overnight di sana bersama kucut.
Selepas menjawab final statistik 22 jun 2009. Pada jam 6 petang. 3 buah kereta (lacey, naz, alan) bergerak menuju ke destinasi yang dirancang. Setibanya di melaka, kami menonton movie "BLOOD-the last vampire" kat Melaka mall pada pukul 10.30 malam.
Agenda berikutnya disambung dengan lepak di Subaida dan bersantai sambil bermain gitar di pantai puteri sehingga ke pagi. Selepas sarapan pagi, kami menghantar kucut pulang dan sempat merakamkan beberapa gambar sebagai kenangan kebersamaan kita semua.
Post a Comment